Discovery Learning atau pembelajaran penemuan dipelopori oleh Jerome Bruner (1966) merupakan model kognitif yang sangat berpengaruh berasaskan prinsip konstruktivisme. Kaedah dapatan juga dikenali kaedah Heuritis. Penemuan adalah proses mendapat tahu sesuatu prinsip, fenomena atau ciri sesuatu perkara yang sedia wujud, tetapi belum dikenali atau diketahui. Kaedah ini menggalakkan pelajar untuk menemui prinsip-prinsip melalui eksperimen dan penerokaan. Aktiviti pembelajaran ini biasanya melibatkan aktiviti mengenalpasti, memerhati, mengkaji, mengumpul data, menganalisis, mentafsir dan merumus. Kaedah ini biasanya digunakan untuk pelajaran sains, matematik dan geografi. Menurut Bruner (1966), kaedah pembelajaran ini adalah lebih berkesan daripada penyampaian maklumat semata-mata. Oleh itu, beliau mencadangkan kaedah penemuan digunakan sebagai aktiviti supaya pelajar mempelajari cara bagaimana menjalankan aktiviti memperolehi maklumat diri sendiri dan bukan disampaikan oleh guru melalui kaedah syarahan.
TUJUAN
1. Menggalakkan dan mencabar minda pelajar supaya mencari jawapan kepada soalan bermasalah atau membentuk generalisasi daripada sesuatu proses kajian
2. Melatih pelajar merancang dan melaksanakan aktiviti kajian berdasarkan hipotesis yang dicadangkan
3. Melatih pelajar supaya memerhati, berfikir, menaakul, mentafsir dan membuat kesimpulan dengan tepat
4. Mengekalkan ilmu pengetahuan dalam ingatan melalui aktiviti secara sendiri
5. Membangkitkan naluri ingin tahu pelajar serta minat mereka terhadap aktiviti pembelajaran
6. Membina kebolehan menggunakan kemahiran menyelesaikan masalah
7. Memupuk semangat berdikari
8. Memupuk semangat bersaing secara sihat dengan rakan
9. Membentuk sikap saintifik, iaitu menerima sendiri pengetahuan yang tepat berlandaskan aktiviti kaji siasat
PRINSIP
Guru harus mematuhi prinsip2 penggunaan kaedah untuk mencapai kesan maksimum
1. Pilih topik kajian mengikut objektif pelajaran serta kebolehan pelajar
2. Menyediakan alatan dan radas yang perlu digunakan untuk menjalankan kajian
3. Berbincang dengan pelajar mengenai tujuan kajian siasat
4. Pastikan pelajar telah memahami langkah2 melaksanakan kajian
5. Membimbing pelajar melaksanakan proses kajian dalam setiap peringkat
6. Elakkan beri jawapan atau memberitahu pelajar kesimpulan yang diharapkan
7. Pastikan segala aktiviti kajian dijalankan oleh pelajar sendiri
8. Mengawasi aktivi pelajar supaya mereka tidak menyeleweng
9. Berbincang dengan pelajar tentang hasil dapatan selepas aktiviti kajian
LANGKAH-LANGKAH
1. Mengenalpasti topik kajian : menentukan topic kajian oleh guru, mendedahkan topic kpd pelajar, berbincang tujuan kajian dgn pelajar
2. Merancang strategi penyelesaian : meramal dan membuat hipotesis, menentukan cara menjalankan kajian melalui aktiviti soal jawab
3. Mengumpul maklumat yang berkaitan : mengumpul maklumat melalui cara memerhati, menyukat, melakukan eksperimen atau membuat rujukan
4. Mencatat maklumat yang telah dikumpul
5. Mengkaji dan menganalisis maklumat yang dikumpul : menjadualkan dan mengelaskan maklumat, menginterpretasi dan mentafsir maklumat
6. Membuat generalisasi atau rumusan : membuat generalisasi atau rumusan berdasarkan hasil pentaksiran, merekodkan generalisasi atau rumusan dalam buku nota
KELEBIHAN KAEDAH
1. Berasaskan strategi pemusatan pelajar. pelajar hendaklah melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran.
2. Menghasilkan pemahaman yang lebih mendalam terhadap rumusan atau generalisasi yang diperolehi.
3. Aktiviti kajian dapat membangkitkan naluri ingin tahun pelajar serta menimbulkan minat mereka supaya berusaha mengejar pengetahuan
4. Memberi peluang memperolehi ilmu pengetahuan melalui aktiviti pembelajaran sendiri
5. Ilmu pengetahuan yang diperolehi akan kekal dalam ingatan lebih lama
6. Membolehkan pelajar menggunakan pengalaman pengetahuan lepas serta kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan kajian mereka.
7. Melatih pelajar berfikir secara saintifik dan rasional
8. Berjaya mendapat dan menemui rumusan akan merasa puas hati dan perasaan ini akan mendorong mereka berusaha untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang selanjutnya
KELEMAHAN KAEDAH
1. Memakan masa yang panjang berbanding kaedah demonstrasi dan syarahan
2. Pelajar yang kurang pengalaman untuk menjalanakn aktiviti kajian akan menghadapi kesulitan dan ada kemungkinan gagal mendapat penemuan yang tepat
3. Memerlukan kecekapan guru menguruskan dan mengendalikan aktivit kajian pelajar
4. Terdapat sesetengah kajian yang memerlukan alatan dan radas yang tidak mudah disediakan , malah bukan semua pelajar mempunyai kemahiran menggunakannya dengan berkesan
5. Pelajar lambat kurang mampu menjalankan aktiviti kajian scara kenditi. Mereka kurang mampu membuat kesimpulan daripada kajian
6. Dapatan yang kurang tepat boleh melemahkan semangat pembelajaran pelajar serta menjejaskan keyakinan diri.
BIBLIOGRAFI
Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul, 2004, Pedagogi Asas Pendidikan. Kayazano Enterprise : Kuala Lumpur
Mok soon sang, 1994, Asas Pedagogi dalam Pengajaran-Pembelajaran. Kumpulan Budiman Sdn Bhd : Kuala Lumpur
video on discovery learning..enjoy and gain more!:)
listen to Jerome Bruner, the mastermind of Discovery Learning himself!
An education isn't how much you have committed to memory, or even how much you know. It's being able to differentiate between what you know and what you don't.. (Anatole France)
video on discovery learning..enjoy and gain more!:)
listen to Jerome Bruner, the mastermind of Discovery Learning himself!
An education isn't how much you have committed to memory, or even how much you know. It's being able to differentiate between what you know and what you don't.. (Anatole France)
No comments:
Post a Comment