Konstruktivisme adalah istilah yang digunakan untuk mewakili satu koleksi teori yang diasaskan daripada idea bahawa individu secara aktif membina pengetahuan dengan bekerja bersama-sama untuk menyelesaikan masalah. Ia mengkaji dan menjalankan pemerhatian dan kajian saintifik tentang bagaimana manusia belajar. Teori ini menjelaskan bahawa manusia membina pemahaman dan pengetahuan mereka terhadap dunia melalui pengalaman yang ditempuhi dan bertindak balas ke atas pemancaran semula pengalaman tersebut. contohnya, apabila manusia menemui sesuatu yang baru, manusia akan terdorong untuk menyesuaikannya dengan idea dan pengalaman yang lepas. Kemungkinan manusia terpaksa mengubah apa yang dipercayai, atau menyingkirkan maklumat-maklumat baru yang tidak berkaitan. Dalam kebanyakan situasi, manusia adalah pencipta aktif terhadap pengetahuan sendiri. Untuk melaksanakannya, manusia harus bertanya, meneroka, menjelajah dan menilai apa yang diketahui.
Dalam bilik darjah, pandangan konstruktivisme terhadap pembelajaran boleh ditanggapi sebagai keterlibatan beberapar amalan pengajaran yang berbeza. Konstruktivisme bekerjasama dengan beberapa amalan pengajaran seperti koperatif, kolaboratif dan pembelajaran berasaskan inkuiri. Dalam pengertian yang lebih umum, ia menggalakkan pelajar menggunakan teknik yang aktif seperti membuat percubaan dan menyelesaikan masalah dunia sebenar untuk mencipta lebih banyak pengetahuan dan tindakbalas serta berbincang tentang apa yang harus dilakukan. Guru pula berperanan untuk mencipta aktiviti dan guru haruslah memahami konsep terdahulu daripada pelajar untuk memberikan kesimpulan di akhir aktiviti nanti. Kaedah ini sebenarnya membentuk pelajar daripada seorang penerima maklumat yang pasif kepasa seorang peserta yang aktif dan dijana sifat ‘curiosity’ atau naluri ingin tahu tentang dunia dan melihat bagaimana benda-benda bekerja.
Dalam konsep pembelajaran konstruktivis Von Glasesfeld (1995) disebut bahawa peranan seorang guru sebagai ‘midwife in the birth of understanding’ yang bertentangan dengan perananya sebagai ‘mechanics of knowledge transfer’. Peranan guru sebenarnya bukan sebagai memberi pengetahuan kepada pelajar tetapi memberi mereka peluang untuk membinanya sendiri. Von Glasersfeld (1996), Mayer (1996) menerangkan guru sebagai pemandu dan pelajar sebagai pemberi makna “sense maker”. Pandangan Gergen(1995) pula adalah guru sebagai fasilitator, penyelaras, penasihat sumber, tutor dan coaches. Memahami peranan guru dalam bilik darjah adalah sangat berguna. Driver, Aosoka, Leach, Mortimer, Scott, (1994) menyatakan bahawa peranan guru :
The role of the authority figure has two important components. The first is to introduce new ideas or cultural tools where necessary and to provide the support and guidance for students to make sense of these for themselves. The other is to listen and diagnose the ways in which the instructional activities are being interpreted to inform further action. Teaching from this perspective is also a learning process for the teacher.
Aplikasi Konstruktivisme dalam proses pembelajaran
1. Pelbagai perspektif dan representasi konsep dan kandungan adalah dipersembahkan dan digalakkan.
2. Matlamat dan objektif adalah dicetuskan oleh pelajar atau melalui rundingan dengan guru atau sistem.
3. Guru berperanan sebagai pemandu, ketua darjah, tutor, coaches dan fasilitator
4. Aktiviti-aktiviti peluang-peluang, alat dan persekitaran adalah disediakan untuk menggalakkan metakognisi, analisis kendiri, regulasi, refleksi dan kesedaran.
5. Pelajar memainkan peranan pusat dalam menghayati dan mengawal pembelajaran
6. Situasi pembelajaran, persekitaran, kemahiran. Kandungan dan tugas adalah berkaitan dengan realistic, autentik, dan mewakili kecanggihan semulajadi dunia sebenar
7. Sumber utama data digunakan untuk memastikan autensiti dan kecanggihan dunia sebenar
8. Pembinaan pengetahuan berlaku dalam konteks individu dan melalui perundingan sosial, kerjasama dan pengalaman
9. Pembinaan pengetahun dan bukan penhasilan semula ditegaskan
10. Pembinaan pengetahuan lepas pelajar, kepercayaan dan sikap dipertimbangkan dalam proses pembinaan pengetahuan
11. Penyelesaian masalah, kemahiran ‘higher order thinking” dan pemahaman yang mendalam ditegaskan
12. Kesalahan menyediakan peluang-peluang untuk wawasan ke dalam pembinaan pengetahuan lalu pelajar
13. Penerokaan adalah pendekatan yang disukai untuk menggalakkan pelajar mencari pengetahuan secara bebas dan mencapai matlamat mereka
14. Pelajar diberi peluang untuk mengorak pembelajaran di mana terdapat peningkatan dalam kecanggihan tugas, kemhiran dan penguasaan pengetahuan
15. Kecanggihan pengetahuan digambarkan melalui penekanan terhadap saling berkaitan konseptual dan pembelajaran interdisiplin
16. Kerjasama dan pembelajaran koperatif sangat digalakkan untuk mendedahkan pelajar kepada pandangan alternative
17. Scaffolding adalah dipermudahkan cara untuk membantu pelajar melaksanankan sesuatu melangkaui keupayaan mereka
18. Penilaian adalah autentik dan dijalinkan ‘interwoven´dengan pengajaran.
Faedah pembelajaran berasaskan model pembelajaran Konstuktivisme
1. Pelajar lebih seronok belajar apabila mereka terlibat secara aktif dan tidak menjadi pendengar pasif
2. Pendidikan boleh dilaksanakan secara yang terbaik apabila ia tertumpu pada pemikiran dan pemahaman, dan bukan menghafaz bahan-bahan mentah. Konstruktivisme memberi perhatian penuh kepada pelajar bagaimana berfikir dan memahami sesuatu
3. Konstruktivisme mengiktiraf pemilikan terhadap apa yang dipelajari oleh pelajar. Ini kerana ia diasaskan kepada soalan dan penerokaan pelajar sendiri dan kerap juga pelajar itu terlibat membina dan mereka bentuk penilaian sendiri. Penilaian konstruktivis biasanya melibatkan inisiatif pelajar dan pelaboran personal dalam proses perbincangan menghasilkan jurnal, membina laporan penyelidikan, menghasilkan model fizikal, dan representasi artistic. Melibatkan pelajar dengan naluri kreatif dapat memperkembangkan kebolehan menyatakan pengetahuan dan maklumat melalui pelbagai cara. Pelajar juga belajar untuk mempertahankan pendapat dan memindahkan pengetahuan baru dalam kehidupan sebenar
4. Dengan mengasaskan aktiviti pembelajaran dalam satu konteks dunia sebenar dan autentik, konstruktivisme merangsang dan melibatkan pelajar. Pelajar dalam kelas konstruktivis, belajar untuk menyoal dan bertanya serta mengaplikasikan sifat ingin tahu mereka yang semulajadi ke dunia sebenar.
5. Konstruktivisme mempertingkatkan kemahiran sosial dan komunikasi dengan mencipta satu persekitaran bilik darjah yang menekankan koloboratif dan membina peluang bertukat-tukar idea. Pelajar mesti belajar bagaimana hendak bersama-sama melalui tugas, dengan berkongsi projek kumpulan. Pelajar mesti bertukar-tukar idea, pendapat dan pandangan untuk bertolak ansur dengan rakan-rakan yang lain dan menilai sendiri sumbangan mereka dalam satu perlakuan yang dapat diterima oleh masyarakat kumpulannya. Ini adalah penting untuk berjaya dalam dunia sebenar. Cara ini membolehkan pelajar mendedahkan diri mereka dengan pelbagai pengalaman di mana mereka diperlukan untuk berkerjasama dan meneroka persekitaran idea-idea orang lain.
BIBLIOGRAFI
Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul, 2004, Pedagogi Asas Pendidikan. Kayazano Enterprise : Kuala Lumpur
Mok soon sang, 1994, Asas Pedagogi dalam Pengajaran-Pembelajaran. Kumpulan Budiman Sdn Bhd : Kuala Lumpur
video on constructivisme..
conducting constructivism learning in class..
Children have to be educated, but they have also to be left to educate themselves. (Ernest Dimnet)
video on constructivisme..
conducting constructivism learning in class..
Children have to be educated, but they have also to be left to educate themselves. (Ernest Dimnet)